FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN
Universiti Malaysia Kelantan


Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2016 dengan matlamat utama untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berkelayakan untuk menjadi pengurus atau usahawan dalam industri pengurusan pelancongan, hospitaliti dan kesejahteraan. Penubuhan fakulti adalah sejajar dengan visi dan misi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menerajui pembangunan modal insan yang seimbang dan holistik dengan penekanan yang lebih kepada pendidikan keusahawanan yang disalurkan melalui program akademik yang berkualiti tinggi dan relevan.

Pada asalnya, program hospitaliti, pelancongan dan kesejahteraan adalah program yang ditawarkan di bawah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan pada tahun 2008, namun ekoran daripada perkembangan dan pertumbuhan masa depan industri pelancongan serta hospitaliti di peringkat global, universiti telah membuat keputusan untuk menubuhkan FHPK bagi memperkukuhkan dan memberikan fokus yang sewajarnya kepada program yang relevan.

Dipandu oleh kepelbagaian portfolio kakitangan dan pelajar fakulti yang datang dari pelbagai sudut negara dan dunia, FHPK kini menawarkan program pascasiswazah seperti yang berikut.

  • Sarjana Keusahawanan (Penyelidikan)

Program Sarjana/ Doktor Falsafah kini ditawarkan untuk diambil sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Program ini ditawarkan dengan tujuan untuk membantu pelajar memperkembangkan pengetahuan dan untuk menyediakan pelajar dengan kerjaya dalam akademik dan kajian dalam industri hospitaliti, pelancongan dan kesejahteraan. Fakulti yang utuh dalam bidang penyelidikan ini dapat membuka peluang kepada para pelajar program pascasiswazah untuk melaksanakan kajian dan menerbitkan kajian ilmiah termasuklah untuk melakukan perkhidmatan perundingan secara kompeten dan berkeyakinan.

Fakulti ini mengutamakan kajian dalam bidang seperti:

HOSPITALITI
PELANCONGAN
KEUSAHAWANAN KESIHATAN / KESEJAHTERAAN

 

dalam skop kajian berikut; 

  • Pelancongan berasaskan komuniti
  • Ekopelancongan dan pembangunan mampan
  • Penjenamaan hotel dan destinasi
  • Organisasi kecil dan sederhana hotel dan pelancongan
  • Operasi hospitaliti
  • Perkhidmatan makanan
  • Pengurusan spa
  • Pengurusan rumah jagaan
KEPAKARAN KAMI

 


Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya
Yuran Pengajian
Yuran Pelajar Tempatan
Yuran Pelajar Antarabangsa
Struktur Kurikulum
-

Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Masa Pengajian
2