logo fhpk 2

Pengenalan

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) merupakan salah satu daripada Fakulti awal yang ditubuhkan bersama dengan penubuhan Universiti Malaysia Kelantan.  Penubuhan Fakulti adalah selari dengan visi dan misi universiti yang menekankan kepada aspek keusahawanan sebagai teras. Sehubungan dengan itu, Fakulti ini menawarkan program-program pengajian keusahawanan dan perniagaan di samping membantu Fakulti lain dalam menerapkan unsur-unsur keusahawanan dalam setiap program pengajian yang ditawarkan.

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan ditubuhkan bertujuan untuk mengembangkan ilmu keusahawanan dan perniagaan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan negara, khususnya dalam pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).  Fakulti ini juga diharap dapat melahirkan graduan profesional yang memenuhi keperluan dan kepentingan industri serta lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan di samping kemahiran insaniah seperti kemahiran berkomunikasi, beritegriti, berdisiplin, berdaya saing, bertanggungjawab dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Seiring dengan pembangunan negara, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan bertanggungjawab mewujudkan pembangunan mampan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merupakan penyumbang lebih daripada 60% kepada perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan berhasrat menjadi Fakulti tersohor dalam bidang pengajian keusahawanan dan pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di rantau ini.

Program pengajian yang ditawarkan oleh Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan adalah seperti berikut :-

arrow2 Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian

arrow2 Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dengan Kepujian

arrow2 Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian

arrow2 Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian

arrow2 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan Islam) dengan Kepujian

CONTACT US

LOGO2 UMKai Converted

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

JOIN US ON FACEBOOK

 

Visitors Counter

0015971
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
51
24
407
10519
1185
2241
15971

Your IP: 54.162.181.75
2017-09-24 21:20