logo fhpk 2

Sarjana Muda Keusahawanan (Hospitaliti) Dengan Kepujian

Matlamat program ini adalah untuk memupuk budaya keusahawanan dan menghasilkan graduan yang berdaya tahan, berani meraih peluang, mampu berfungsi secara kreatif, inovatif dan beretika serta berfikiran terbuka dalam sebarang bentuk persekitaran bisnes khususnya dalam industri hospitaliti. Pelajar akan didedahkan kepada peluang-peluang perniagaan dalam bidang hospitaliti seperti penginapan, perkhidmatan makanan dan minuman, pengurusan fasiliti serta pengurusan pusat hiburan.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai kriteria seperti berikut:

  • Menguasai pengetahuan dalam bidang pengurusan dan keusahawanan yang boleh diaplikasikan dalam industri hospitaliti;
  • Mengenal pasti, menilai dan merebut peluang perniagaan serta merealisasikan peluang tersebut dalam industri hospitaliti;
  • Membuat keputusan secara kritis, kreatif dan berani meneroka kaedah penyelesaian yang inovatif dan unik;
  • Berkomunikasi dengan berkesan dalam tiga bahasa utama bisnes dan berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya;
  • Mengamalkan kerja secara berpasukan, memiliki kemahiran sosial dan membina jaringan keusahawanan;
  • Bertindak secara beretika berlandaskan garis panduan serta peraturan dan kehendak profesionalisme;
  • Memimpin organisasi ke arah kecemerlangan selari dengan objektif organisasi;
  • Meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran secara berterusan.

Tempoh Pengajian: 8 Semester (4 tahun)

Jumlah Kredit Untuk Penganugerahan Ijazah: 123 kredit

Prospek Kerjaya

  • Usahawan
  • Pengusaha agensi pelancongan
  • Pengurus hotel
  • Pengurus chalet dan resort
  • Pemandu pelancong bertauliah

CONTACT US

LOGO2 UMKai Converted

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

JOIN US ON FACEBOOK

 

Visitors Counter

0017138
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
37
23
183
12047
909
1443
17138

Your IP: 54.224.203.224
2017-10-19 17:59