logo fhpk 2

Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) Dengan Kepujian

Program ini memfokuskan kepada objektif untuk melahirkan graduan yang mempunyai pemahaman yang luas mengenai semua bidang fungsian pengurusan pelancongan di samping dapat mengenalpasti, meneroka dan merebut peluang dan ruang perniagaan serta berani merealisasikan peluang dalam bidang industri tersebut secara global. Penekanan diberikan kepada kebolehan berkomunikasi dalam berbagai bahasa utama bisnes dengan cara yang berkesan dan keupayaan mentaksir dan prihatin akan potensi ekonomi, eko-pelancongan, sosio-budaya dalam amalan keusahawanan dan meningkatkan profesionalisme dengan cara menghormati sikap, kebolehan dan kepercayaan warga pelancong juga sanggup memimpin demi menjayakan matlamat dan dasar industri pelancongan negara di kalangan graduan.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai kriteria seperti berikut:

  • Menguasai pengetahuan dalam bidang pengurusan dan keusahawanan yang boleh diaplikasikan dalam industri pelancongan;
  • Mengenal pasti, menilai dan merebut peluang perniagaan serta merealisasikan peluang tersebut dalam industri pelancongan;
  • Membuat keputusan secara kritis, kreatif dan berani meneroka kaedah penyelesaian yang inovatif dan unik;
  • Berkomunikasi dengan berkesan dalam tiga bahasa utama bisnes dan berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya;
  • Mengamalkan kerja secara berpasukan, memiliki kemahiran sosial dan membina jaringan keusahawanan;
  • Bertindak secara beretika berlandaskan garis panduan serta peraturan dan kehendak profesionalisme
  • Memimpin organisasi ke arah kecemerlangan selari dengan objektif organisasi;

Meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran secara berterusan.

Tempoh Pengajian : 8 Semester (4 tahun)

Jumlah Kredit Untuk Penganugerahan Ijazah: 123 kredit

Prospek Kerjaya

Graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian pula graduan mempunyai peluang kerjaya sebagai usahawan Agensi Pelancongan, Pengurus Hotel, Pengurus Chalet & Resort, Pengurus Pelancongan dan Pemandu Pelancong Bertauliah. Graduan dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran untuk memulakan sesuatu perniagaan atau perusahaan dalam pelbagai bidang. Dengan bantuan dan peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha menggalakkan usahawan muda, graduan mempunyai peluang yang cukup luas untuk menceburkan diri dalam keusahawanan. Selain memulakan karier sebagai seorang usahawan, graduan juga sesuai untuk memegang jawatan sebagai pengurus syarikat atau institusi awam atau swasta.

CONTACT US

LOGO2 UMKai Converted

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

JOIN US ON FACEBOOK

 

Visitors Counter

0018930
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
40
40
217
13840
1326
1375
18930

Your IP: 54.162.250.227
2017-11-22 10:45