FHPK, UMK Lawat Ibu Pejabat LPPKN Kukuhkan Kerjasama Strategik

14 Ogos 2025 – Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kuala Lumpur bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan latihan. Fokus perbincangan meliputi kesejahteraan keluarga, kesihatan wanita, dan penjagaan ibu selepas bersalin, di mana LPPKN menjadi penanda aras melalui program MamaCare.

Delegasi FHPK UMK disambut oleh YBhg Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, bersama barisan pengurusan kanan. Lawatan ini turut merangkumi pembentangan oleh YBrs. PM Dr Fadil Mohd Yusof, Dekan FHPK dan Pengarah Interim Ibu Care @UMK YBrs. Dr Norsyamlina Che Abdul Rahim. Delegasi juga dibawa berkunjung ke Ruang MamaCare Spa & Cafe. Kerjasama ini diharapkan menjadi permulaan kepada pelbagai inisiatif penubuhan Ibu Care @UMK bersama demi memperkukuh usaha meningkatkan kesejahteraan keluarga di Malaysia.