FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN
Universiti Malaysia Kelantan


Sinopsis

Program Apprentice 3u1i merupakan program pengajian mod industri. Pelajar akan mengikuti pembelajaran selama tiga (3) tahun di universiti dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek teori dan satu (1) tahun di industri bagi menimba pengalaman praktikal. Melalui program ini para pelajar akan didedahkan dengan praktis industri yang akan memberi peluang kepada pelajar untuk terus bekerja selepas tamat pengajian.

Program Apprentice 3u1i ini bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan serta kerjasama akademik dan industri melalui pendekatan penyampaian secara Work-based Learning. Di samping itu, program ini memfokuskan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang secara efektifnya dapat diterokai di luar kampus atau industri selain berpeluang memperolehi pendapatan sambil belajar (learn and earn).

Program ini juga merupakan inisiatif di bawah Lonjakan 1 (Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang) dan Lonjakan 7 (Ekosistem Inovasi) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)

Kelebihan Program

Antara faedah 3u1i kepada industri adalah seperti berikut:

  • Mengurangkan keperluan latihan dalaman (in-house training) di pihak industri terhadap rekrut baharu kerana program 3u1i telah menyediakan graduan yang peka dan tersedia bekerja (work aware and work ready). Oleh itu tempoh ketersediaan-bekerja (time to productivity) dapat dikurangkan;
  • Mendapat akses kepada graduan yang mempunyai kemahiran dan motivasi yang tinggi setelah melalui latihan secara terus di industri;
  • Mengurangkan kos pengambilan (recruitment cost) seperti pengiklanan, temu bual, dan lain-lain.
  • Menerapkan budaya kerja korporat, berkompetensi sebelum pelajar bergraduan;
  • Mendapat peluang untuk terlibat sebagai rakan inklusif IPT;
  • Mendapat input akademik dalam memperkasakan amalan industri sedia ada;
  • Mendapat peluang akses tenaga kepakaran dan fasiliti penyelidikan dari IPT;
  • Mendapat peluang insentif percukaian dan dana; dan
  • Dapat meningkatkan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR) kepada IPT dan masyaraka
Visi
  • Menjadi peneraju pembangunan modal insan dalam industri pelancongan, hospitaliti dan kesejahteraan.
Misi
  • Menyediakan program akademik yang berkualiti dan relevan dengan industri
  • Menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasiMembuka peluang-peluang lanjutan untuk pembangunan kakitangan
  • Menyediakan kemudahan pengajaran, pembelajaran dan bekerja yang mencukupi dan kondusif
  • Menjalinkan kerjasama pintar dengan komuniti

Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya
Yuran Pengajian
Yuran Pelajar Tempatan
Yuran Pelajar Antarabangsa
Struktur Kurikulum
-

Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Masa Pengajian
4