Program ini bertujuan untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan graduan dan menghasilkan graduan yang berdaya tahan, proaktif untuk mencipta peluang, kreatif, inovatif, beretika dan berminda terbuka dalam dunia perniagaan, sama ada di arena tempatan atau antarabangsa.
Program ini bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang berani untuk mengambil peluang, boleh berfikir secara kreatif, inovatif dan beretika dengan minda yang terbuka kepada pelbagai situasi dan persekitaran perniagaan terutamanya dalam industri hospitaliti. Pelajar akan didedahkan kepada aspek operasi dan pengurusan dalam sektor hospitaliti seperti pengurusan penginapan, pengurusan perkhidmatan makanan, dan pengurusan fasiliti.
Selaras dengan visi universiti, program ini telah direka untuk menjadi pelopor dalam melahirkan usahawan profesional khususnya dalam industri hospitaliti.
Misi program ini adalah untuk memenuhi segala objektif dan hasil program yang telah ditetapkan iaitu memupuk atribut keusahawanan dalam kalangan graduan usahawan hospitaliti demi mencapai aspirasi nasional dan antarabangsa.
Berpengetahuan dan berkemahiran dalam keusahawanan dan pengurusan hospitaliti sejajar dengan keperluan industri.
Berkomunikasi secara efektif, mendemonstrasikan keupayaan untuk menerajui organisasi, memiliki kebolehan untuk menyelesaikan masalah secara sistematik, kreatif dan inovatif.
Bertindak dan berkebolehan untuk melibatkan diri secara profesional, beretika dan bertanggungjawab serta mampu memberikan perhatian yang sewajarnya kepada isu komuniti.
Berkebolehan untuk mendemonstrasikan kemahiran mengurus serta keusahawanan, termasuklah menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk kemajuan kerjaya.
Muat Turun SAH Apprentice 3u1i Programme
Makanan dan Minuman
Restoran
Bar
Pub
Katering
Penginapan
Hotel dan Resort
B&B
Rumah Tamu
Vila dan Kotej
Jualan dan Pemasaran
Pusat Konvensyen
Pengurusan Pengembaraan dan Pelancongan
Mesyuarat dan Persidangan
Acara Sukan
Pengurusan Acara
Syarikat Penerbangan
Kapal Persiaran
Agensi Pengembaraan dan Operator Pelancongan
Pemandu Pelancong
Jualan dan Pemasaran
Pusat Informasi Pelancong
Hiburan dan Rekreasi
Taman Tema
Spa dan Pusat Kesihatan
Muzium dan Galeri
Kasino, Konsert dan Teater
Lain-lain
Pengurusan Sumber Manusia
Logistik
Jualan dan Pemasaran
Pengurusan Jenama Mewah
Latihan dan Konsultasi
Pendidikan
- |