FACULTY OF HOSPITALITY, TOURISM AND WELLNESS
Universiti Malaysia Kelantan

PENANGGUHAN KEMASUKAN SEMUA PELAJAR SECARA BERSEMUKA (BAHARU DAN LAMA) SESI AKADEMIK 2020/2021 BAGI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN - ANNOUCEMENT


Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Untuk makluman semua pelajar baharu dan pelajar kanan FHPK.

Berdasarkan kenyataan media KPT dan Pekeliling Akademik 13/2020, UMK menyarankan semua pelajar baharu dan pelajar kanan mendaftar secara dalam talian dan tangguh perjalanan ke kampus.

Ini adalah mengambil kira perkembangan kes wabak pandemic COVID-19 yang semakin meningkat naik pada 1 Oktober 2020. Oleh itu, pihak UMK dan FHPK menyarankan semua pelajar baharu dan pelajar kanan yang akan mendaftar pada 4 Oktober 2020 dan minggu hadapan (9 dan 10 Oktober 2020) untuk melakukannya secara dalam talian mengikut Memo semalam (Smarttracking).

Pelajar baharu yand sudah dalam perjalanan ke kampus dan sudah sampai di Kelantan dibenarkan untuk mendaftar secara fizikal ke kolej kediaman. Pihak kolej kediaman akan melalukan ujian saringan di pintu masuk. ATAUPUN pelajar baharu boleh menangguhkan perjalanan mereka dan kembali semula ke kampus pada tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.
Pelajar-pelajar kanan pula perlu dan sangat digalakkan untuk menangguhkan kepulangan mereka ke kampus dan mendaftar kursus secara dalam talian.
Kaedah pembelajaran dan pengajaran akan di jalankan secara atas talian sepenuhnya dan tiada fizikal kelas akan diadakan sehingga diberitahu kelak.

Segala pertanyaan boleh menghubungi pihak FHPK dan UMK.

Terima kasih.

Muatturun pekeliling: http://fhpk.umk.edu.my/download/download/Pekeliling%20Akademik%20Bilangan%2013.2020.pdf

Kenyataan media: http://fhpk.umk.edu.my/download/download/Kenyataan%20Media%20Penangguhan%20Pendaftaran%20Secara%20Fizikal%20dan%20Bersemuka%20Pelajar%20IPT%20Kemasukan%20Oktober%202020.pdf

NEWSLETTER

Subscribe and get latest news regarding our faculty