FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN
Universiti Malaysia Kelantan

Dari Meja Dekan


DR. ROSLIZAWATI BINTI CHE AZIZ

Selamat datang ke Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan!

Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) merupakan fakulti keenam yang ditubuhkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), yang bertujuan untuk menjadi pemangkin kerjaya pelajar dan juga bertindak sebagai pemacu pertumbuhan masyarakat setempat, negara, dan dunia. Objektif utama fakulti ini adalah untuk melahirkan graduan yang berjaya dan menjadi pilihan utama majikan dalam industri Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan. Kami komited untuk memastikan kecemerlangan dalam bidang pengajaran dan penyelidikan melalui pendidikan seiring dengan perubahan dan memenuhi keperluan industri serta memastikan perkembangan progresif masyarakat. Kami turut menyediakan pendidikan dan latihan yang terbaik dengan menggabungkan teori dan pengetahuan melalui pengalaman praktikal. 

Kami juga membantu pelajar untuk bergraduasi dengan mempunyai keinginan dan kemahiran keusahawanan selain memastikan mereka berpeluang untuk menubuhkan perniagaan sendiri sehingga berjaya. Pengalaman kerja yang diperolehi melalui latihan industri merupakan sebahagian daripada program yang ditawarkan di FHPK. Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan dengan pengalaman di dalam bilik kuliah dan juga industri. Pembelajaran berasaskan pengalaman ini boleh dilihat melalui pelbagai aktiviti. Sebagai contoh, pelajar daripada program Hospitaliti akan mengikuti latihan amali memasak, menghidang dan menyediakan empat hidangan makan tengah hari di makmal pengajian iaitu Restoren Basil Leave . Selain itu, mereka juga berpeluang belajar mengemas bilik hotel di makmal Rosemary. Pelajar program Pelancongan pula didedahkan dengan program pengurusan acara selain dilatih untuk menjadi eksekutif pelancongan di Makmal Pelancongan. Manakala, pelajar bagi program kesejahteraan didedahkan kepada pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan operasi spa, perubatan tradisional serta elemen kecergasan di makmal pengajian Elysian Spa dan makmal kecergasan (gymnasium) kami. 

Semua ahli akademik fakulti adalah berpengalaman dalam bidang masing-masing. Melalui penglibatan bersama pelajar dan integrasi pengetahuan yang diperolehi di dalam bilik kuliah serta peluang menjalankan latihan industri, fakulti dapat membantu pelajar untuk membangunkan kemahiran teknikal dan kepimpinan yang penting untuk memastikan kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Melihat kepada kecemerlangan alumni kami, anda juga turut berpeluang untuk mempelajari perniagaan berkaitan hospitaliti, pelancongan dan kesejahteraan dan bersedia untuk berjaya dan menyumbang dalam industri hospitaliti, pelancongan dan kesejahteraan. Jika anda ingin menjadi pelajar di FHPK, kami bersedia untuk menjawab persoalan anda. Besar harapan kami untuk menyambut kedatangan anda semua ke fakulti dan sedia memberikan sokongan sepanjang berada di universiti. Jumpa di kampus nanti.

Yang benar,

DR. ROSLIZAWATI BINTI CHE AZIZ

DEKAN FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN

LANGGAN BERITA

Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain