FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN
Universiti Malaysia Kelantan
Visi
Menjadi peneraju pembangunan modal insan dalam industri pelancongan, hospitaliti dan kesejahteraan.
Misi
Menyediakan program akademik yang berkualiti dan relevan dengan industri
Menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi
Membuka peluang-peluang lanjutan untuk pembangunan kakitangan
Menyediakan kemudahan pengajaran, pembelajaran dan bekerja yang mencukupi dan kondusif
Menjalinkan kerjasama pintar dengan komuniti
Objektif
Menjadi peneraju dalam pendidikan hospitaliti, pelancongan dan pengurusan kesihatan dengan memberi penekanan utama kepada bidang kesejahteraan (wellness).
Memainkan peranan yang penting dalam menyumbangkan tenaga kerja yang kompeten dan berpengetahuan tinggi supaya dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang pengurusan hospitaliti, pelancongan, dan kesihatan.
Menyediakan usahawan graduan yang berpengalaman dalam bidang hospitaliti, pelancongan dan kesejahteraan.
Merealisasikan dasar pembangunan negara dengan penumpuan kepada pembangunan industri hospitaliti dan pelancongan yang juga merupakan salah satu fokus yang dinyatakan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA).
Untuk menubuhkan sistem pensijilan dalam pengurusan kesihatan dan kesejahteraan yang mendapat penerimaan luas di peringkat kebangsaan dan serantau.
Menggalakkan penyelidikan berkualiti dalam bidang pengurusan perhotelan, pelancongan dan kesihatan dengan keutamaan kepada kajian yang memanfaatkan industri dan masyarakat.
LANGGAN BERITA
Langgan dan dapatkan berita terkini mengenai kami, dan lain-lain