FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN
Universiti Malaysia Kelantan


Sinopsis

Fokus program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan luas dalam semua aspek dalam bidang pengurusan pelancongan. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mengenal pasti, eksplorasi dan merebut peluang dalam perniagaan serta menggalakkan untuk membina peluang dalam industri pelancongan di peringkat global. Penekanan diberi kepada kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa secara efektif dan cakna terhadap ekonomi, ekopelancongan, potensi sosio-budaya dalam amalan keusahawanan serta meningkatkan profesionalisme melalui rasa hormat, kebolehan dan mendapat kepercayaan pelancong, juga mampu memimpin ke arah matlamat serta mendukung polisi industri pelancongan negara dalam kalangan para graduan.

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan graduan dan melahirkan graduan yang mempunyai daya saing, mampu mencari peluang, kreatif, inovatif, mempunyai nilai etika dan berfikiran terbuka dalam apa juga bidang perniagaan, sama ada di arena tempatan mahupun global.

 

Visi

Sejajar dengan visi universiti, program ini direka untuk menjadi jaguh dalam menghasilkan usahawan profesional terutama dalam industri pelancongan.

 

Misi

Misi program adalah untuk memenuhi objektif dan mencapai hasil program serta memupuk sifat-sifat keusahawanan dalam kalangan graduan usahawan pelancongan dalam memenuhi aspirasi kebangsaan dan antarabangsa.

 

Objektif pendidikan program
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang kompeten dalam bidang keusahawanan pelancongan serta selari dengan kehendak industri.
  • Menunjukkan komunikasi yang efektif dalam organisasi pelancongan.
  • Berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah keusahawanan pelancongan secara beretika melalui pendekatan yang bersesuaian.
  • Mampu untuk menunjukkan kemahiran keusahawanan dan dapat mengenal pasti keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk kejayaan pada masa hadapan

 

Mod Industri: Apprentice 3u1i Programme

Download DI SINI maklumat lengkap Mod Program 3u1i- SAP 

 

Mod Tradisional: Struktur Program

Kohort 2019/2020

Kohort 2020/2021 

Kohort 2021/2022

Kohort 2022/2023

Kohort 2023/2024-HYFLEX

Buku Panduan Akademik

Buku Peraturan Akademik 
Buku Panduan program

 


Kos Berkaitan

Peluang Kerjaya
Pengurusan acara
  • Penganjur konferen, penganjur pelancongan perkahwinan, penganjur acara
Pengembaraan dan perjalanan
  • Pemandu pelancong, penganjur pengembaraan dan perjalanan, eksekutif produk pelancongan, ketua pemandu pelancong, eksekutif ticketing, staf syarikat penerbangan, staf syarikat kapal.
Rekreasi
  • Koordinator aktiviti santai, pegawai NGO seperti Wild Asia dan WWF, eksekutif operasi inbound tour, eksekutif operasi outbound tour.
Hotel dan resort
  • Pengurus, pegawai khidmat pelanggan.
Pengurusan pelancongan
  • Eksekutif pelancongan Islam, Kementerian Pelancongan, eksekutif pelancongan dalam jualan dan pasaran.
Usahawan online
  • Penganjur pengembaraan online – Trivago, Airbnb, Uber, pencipta kandungan pelancongan, agensi pelancongan online.
Konsultan pelancongan
  • Pendidik, penyelidik pelancongan, konsultan umrah dan haji.
Yuran Pengajian
Yuran Pelajar Tempatan
Yuran Pelajar Antarabangsa
Struktur Kurikulum
-

Syarat Kemasukan
Pelajar Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Masa Pengajian
4