Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) adalah fakulti keenam yang ditubuhkan pada tahun 2016 selaras dengan visi dan misi universiti, khusus dalam pendidikan keusahawanan.
Fakulti menawarkan Program Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan dengan harapan untuk membekalkan ilmu pengetahuan asas dan juga memupuk sifat-sifat, kemahiran dan juga bakat keusahawanan dalam kalangan pelajar.
Fakulti kami juga memiliki sejarah asal yang berhubung rapat dengan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) sejak tahun 2008.
Dasar kualiti fakulti adalah selaras dengan dasar kualiti Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
UMK komited untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan akademik yang berkualiti, meningkatkan penyelidikan dan kesarjanaan melalui inisiatif berterusan, pembudayaan kualiti, unik dan relevan serta memenuhi kepuasan pelanggan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |