Fokus program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan luas dalam semua aspek dalam bidang pengurusan pelancongan. Selain daripada itu, pelajar juga dapat mengenal pasti, eksplorasi dan merebut peluang dalam perniagaan serta menggalakkan untuk membina peluang dalam industri pelancongan di peringkat global. Penekanan diberi kepada kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa secara efektif dan cakna terhadap ekonomi, ekopelancongan, potensi sosio-budaya dalam amalan keusahawanan serta meningkatkan profesionalisme melalui rasa hormat, kebolehan dan mendapat kepercayaan pelancong, juga mampu memimpin ke arah matlamat serta mendukung polisi industri pelancongan negara dalam kalangan para graduan.
Program ini bertujuan untuk memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan graduan dan melahirkan graduan yang mempunyai daya saing, mampu mencari peluang, kreatif, inovatif, mempunyai nilai etika dan berfikiran terbuka dalam apa juga bidang perniagaan, sama ada di arena tempatan mahupun global.
Sejajar dengan visi universiti, program ini direka untuk menjadi jaguh dalam menghasilkan usahawan profesional terutama dalam industri pelancongan.
Misi program adalah untuk memenuhi objektif dan mencapai hasil program serta memupuk sifat-sifat keusahawanan dalam kalangan graduan usahawan pelancongan dalam memenuhi aspirasi kebangsaan dan antarabangsa.
Download DI SINI maklumat lengkap Mod Program 3u1i- SAP
Buku Peraturan Akademik
Buku Panduan program