FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN
Universiti Malaysia Kelantan

Dari Meja Dekan


PROF. MADYA DR. MOHD FADIL BIN MOHD YUSOF

Selamat datang ke Fakulti Hospitaliti, Pelancongan, dan Kesejahteraan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)!

Sebagai Dekan, izinkan saya untuk berkongsi perjalanan luar biasa fakulti kami sepanjang tujuh tahun sejak penubuhannya pada tahun 2016. Komitmen kami terhadap kecemerlangan telah menghasilkan pencapaian yang ketara, melalui peningkatan lebih separuh daripada pelajar baru yang memilih program-program kami sebagai antara tiga pilihan utama mereka di UMK sejak tahun 2021. Kami juga berbangga dengan pengiktirafan yang diterima, termasuk akreditasi daripada Institute of Hospitality (IOH) - sebuah badan keahlian profesional antarabangsa. Akreditasi ini mengesahkan dedikasi kami, kualiti, dan standard yang ditunjukkan oleh ahli fakulti. Sesungguhnya kami komited untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti  dalam bidang hospitaliti, pelancongan, dan kesejahteraan. Keunikan program yang ditawarkan adalah berteraskan keusahawanan. Di UMK, kami tidak hanya melatih pelajar menjadi tenaga kerja mahir; kami juga berhasrat untuk membentuk usahawan generasi baru dalam bidang hospitaliti, pelancongan, dan kesejahteraan. Program-program kami menerapkan kursus keusahawanan, memberi dorongan kepada pelajar untuk meneroka dan memulakan perniagaan mereka, terutamanya dalam bidang tujahan fakulti. Kami membentuk usahawan masa depan. Saya mengalu-alukan bakal pelajar, akademia dan pemain industi, dan komuniti untuk meneroka dunia keusahawanan yang menarik dalam bidang hospitaliti, pelancongan, dan kesejahteraan di UMK. Sertai kami dalam perjalanan pendidikan, inovasi, dan kejayaan ini.

Dengan ikhlas,

Profesor Madya Dr Mohd Fadil Mohd Yusof
Dekan, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan, dan Kesejahteraan