FACULTY OF HOSPITALITY, TOURISM AND WELLNESS
Universiti Malaysia Kelantan

Students Testimony



Resipi kejayaan: Resepi kejayaan saya bermula dengan keberanian untuk mencabar diri keluar daripada zon selesa. Saya percaya perkembangan sebenar berlaku apabila kita sanggup menghadapi ketidakpastian dan mengambil risiko yang terancang. Selain itu, saya sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran agar kekal relevan dengan perubahan teknologi dan keperluan semasa. Saya juga tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu yang baharu kerana setiap pengalaman memberi peluang untuk belajar dan berkembang. Dalam apa jua keadaan, saya pandai membawa diri, menyesuaikan diri dengan persekitaran, serta sentiasa berusaha menjadi versi diri yang lebih baik dari hari ke hari.


- Nur Hafizatunazira binti Mohd Fauzi

Resipi kejayaan: Kejayaan esok bermula dengan risiko yang kau berani ambil hari ini. Saya dedikasi membuka peluang internship, latihan kepimpinan dan bimbingan kerjaya untuk pelajar UMK. Di sinilah bakat dibentuk, keyakinan dihidupkan, dan kehidupan mereka diubah. UMK Entrepreneur ¿ Our Trust lahir di sini.


- Ahmad Miqdad bin Rosli

Resipi kejayaan: Rahsia kejayaan saya lahir daripada disiplin yang tidak pernah luntur dan keberanian untuk bekerja lebih keras daripada apa yang dijangka. Saya percaya kejayaan tidak datang dengan mudah; ia menuntut pengorbanan, ketekunan dan kesanggupan bangkit setiap kali diuji. Setiap cabaran saya hadapi dengan minda yang kuat, setiap kegagalan saya jadikan batu loncatan untuk melangkah lebih jauh. Saya tidak menunggu peluang; saya mencipta peluang melalui usaha berterusan dan kepercayaan penuh terhadap potensi diri. Doa, fokus dan keazaman yang tidak tergoyah menjadi asas utama yang membawa saya ke tahap hari ini. Saya berjaya kerana saya memilih untuk tidak menyerah.


- Kommathi Chandran

Resipi kejayaan: Bermula dengan ikhlas demi membahagiakan kedua orang tua dan isteri tercinta. Rahsia kejayaan bukan terletak pada kepintaran semata-mata, tetapi pada disiplin untuk terus konsisten walaupun semangat hilang, berani mencuba walaupun takut gagal, dan sentiasa belajar daripada setiap kesilapan. Orang yang berjaya bukanlah mereka yang tidak pernah jatuh, tetapi mereka yang bangkit setiap kali terjatuh dan tidak pernah berhenti melangkah walaupun perlahan. Kunci utamanya ialah sabar, usaha berterusan, dan yakin dengan proses, bukan sekadar impian.


- Muhammad Firdaus bin Buraera